Manusia dianggap sebagai agen yang mengubah alam sekitar dan
perubahan ini dilakukan demi memastikan kelangsungan hidup mereka. Aktiviti
manusia telah memberikan kesan yang sangat ketara terhadap alam sekitar.
Manusia telah menggunakan alam sekitar sehingga mengubah keseimbangan dan
kestabilan ekologi. Manusia menjadi lalai untuk menjaga kualiti
alam sekitar kerana begitu mementingkan pembangunan. Perkara ini didorong oleh
sifat semula jadi manusia yang rakus, tamak dan mementingkan diri sendiri dalam
usaha mereka memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terbatas menyebabkan
mereka seolah-olah luapa menghargai dan memelihara alam sekitar dengan
sewajarnya hingga menimbulkan tekanan kepada alam sekitar yang akhirnya
memudaratkan manusia kembali.
inilah yang dikatakan kitaran hidup...alam sekitar menawarkan sumber..manusia membuat pembangunan ..alam sekitar tertekan..kembali semula kepada manusia terjejas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan